Tuesday, September 20, 2011

Setianya seorang kekasih


Setiap manusia punyai hati dan perasaan. Pernah tak kau terfikir sebelum kau luahkan kata kata kau yang boleh buat dia percaya dekat kau lepas tu kau berjanji yang kau takkan sakitkan hati dia atau tinggalkan dia. Semua kata kata yang kau bagi dekat dia buat dia lupa kata kata dia 'yang tak semua lelaki boleh dia percayai'. Kau bagi dia harapan yang dia boleh percayakan kau dan kau akan cintai dia sepenuh hati tanpa melukakan hati dia. Pernah tak kau terfikir semua tu? Kenapa mesti kau ambik dia dari aku? Kenapa mesti kau rampas kebahagiaan dan kegembiraan dia dan kau biar dia merana. Kau hanya beri dia kebahagiaan yang sementara dan beri kesengsaraan yang lama. Kau sendiri tahu untuk melupakan seseorang yang amat dicintai itu sukar. Kau tak pernah memikirkan perasaan orang lain yang cuma kau fikir kegembiraan kau. Aku tak faham kenapa mesti dia bersama dengan lelaki macam kau.

Lelaki macam kau aku rasa tak layak untuk dicintai atau disayangi kerana kau tak pernah menghargainya. Kau bangga bila semua kawan kawan kata girlfriend kau cantik. Kau bangga bila semua orang pandang girlfriend kau dan aku tahu dalam hati kau dah kembang sebab diorang tak boleh dapat dia tapi kau boleh dapat dia. Kau tahu kenapa dia susah didekati? Sebab dia pernah kehilangan seseorang yang sangat disayangi
dengan sepenuh hati dia. Kenapa bila kau dah dapat dia kau tak boleh nak jaga dia elok elok? Kenapa mesti nak buat dia sakit hati?Buat dia menangis? Bila kau dalam kesusahan dia ada sentiasa dekat sisi kau. Bila kau sakit sanggup dia berjaga malam hanya nak pastikan yang ada seseorang menjaga kau. Tapi kau sikit tak pernah hargai dia. Bila dia sakit ada kau jaga dia? Tak! Kau tak pernah kisah pasal dia dan dia hanya bersabar dengan mengatakan mungkin kau sibuk dengan assiggnments padahal kau melepak dengan kawan kawan kau.

Kenapa mesti dia dengan seorang lelaki yang tak pernah tahu menghargai hati seorang perempuan.Dia seorang yang tabah bila dia melihat kau bermesra dengan perempuan lain. Dia menganggap kau dengan perempuan itu berkawan baik dan tak pernah kisah apa orang cakap pasal kau. Dia sentiasa berfikiran positif. Bila kau kantoi mesej dengan orang lain, kau bagi alasan perempuan itu memerlukan seseorang di sisi untuk menenangkan hatinya yang kesedihan, dan dia dengan hati yang ikhlas memberikan pendapat bagaimana untuk membuat hati perempuan itu kembali gembira. Yeah! Dia tak pernah sekali berprasangka buruk dengan kau tapi kau sentiasa menuduh yang bukan bukan. Kau kata dia berlaku curang dan menuduh dia tanpa sebarang bukti. Aku tahu kau buat semua itu haya untuk mengaburi pandangannya yang sebenarnya kau yang berlaku curang.

Manusia seperti kau takkan pernah mengenal erti setia sebab kau hanya ingin mendapat kepuasan. Kau jangan ingat aku tak tahu apa dalam fikiran kau. Aku tak sebodoh tu. Aku boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. Tak payah nak tahu cerita kau dari A to Z sebab tengok cara kau bercakap aku dah tahu. Aku tak nak sakitkan hati dia bila aku berfikiran yang bukan bukan pasal kau jadi aku diam dan tengok perangai kau yang cantik tu. Aku tak nak bagitahu perkara sebenar pasal kau sebab takut dia terluka.

 Sampai satu masa aku dah tak boleh tahan tengok perangai kau layan dia. Kau cakap kau perlukan ruang untuk bersendirian dan kau suruh dia tunggu kau tapi kau lepas tu dengan perempuan lain. Hebat kan? Kau biar dia tunggu untuk 1 tahun. 1 tahun wei? kau ingat 1 bulan! Betapa setia dan sayangnya dia dekat kau. Kau layan dia macam sampah. Pandang sebelah mata pun kau tak nak. Dulu masa kau baru dapat dia kau layan dia macam takda perempuan lain dalam dunia ni but tak lama lepas tu kau buat dia macam barang yang tak berguna. Kau suruh dia tunggu dankau bagi dia harapan tapi kau? Aku tak tahu kau ni lelaki macam apa. Yang aku tahu aku tak nak kau dekat dengan dia sebab dia tengah cuba untuk lupakan kau dan kau jugak penyebab dia tak nak terima lelaki dalam hidup dia. Ingat Allah maha adil. Apa kau buat kau akan dapat balik. Cash wei Allah balas sebab kau suka aniayai orang.

Wahai lelaki berhati hatilah jika kamu mebuat wanita menangis, kerana Allah SWT mengira air matanya.Wanita datang dari tulang rusuk  lelaki bukan dari kakinya untuk berjalan, bukan dari kepalanya untuk menjadi lebih degil, tetapi dari sisinya untuk menjadi sama, di bawah lengan untuk dilindungi, dan di sebelah hatinya untuk disayangi.